Pages

Thursday, March 1, 2012

Pengalaman Itu Emas.

Salah satu cara aku cuba untuk berfikiran positif.

Sungguh.

Pernah rasa menyesal tukar kerja. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Tapi, hidup mesti diteruskan. Tak kisah laa susah macam mana pun, penat macam mana pun. Hey, what doesn't kill you makes you stronger!



"Mira, kalau ko tak tukar kerja, ko takkan dapat pengalaman yang macam sekarang ni"



Yup. Think positive!

Banyak berurusan dengan orang ramai

My besties mmg dah tau yang budak nama Amira Syazwani ni tahap confident dia tinggi melangit. Main belasah je. Tapi sekarang, nak bercakap kena fikir betul2 dulu. Berurusan dengan orang ramai ni, kena careful sikit. Takut tersalah bagi info!

Belajar untuk fokus

Serius. Banyak benda nak kena fikir and laksana. Tengah-tengah buat this one work tetibe teringat benda lain, buat pulak benda lain tu. Betul! Saya bukan jenis yang senang fokus time buat kerja. Cepat bosan. Tapi sekarang, tak boleh. Everything is URGENT! 

Dah tak keluar malam

Haha. Yang ni memang betul. Balik kerja dah lambat. memang kirim sslam laaa kalau nak keluar malam2. Penat kot! Kalau dulu boleh je keluar makan2, main2, jalan2. Tapi tidak sekarang. Selalunya lepak-depan-tv-sambil-fikir-betapa-malasnya-nak-pergi-kerja-esok. tak pun mengadap laptop, buat kerja! *sigh*

Belajar masak.

Saya tak reti masak. So, Cik Amira Syazwani, sila gunakan peluang duduk di rumah ini untuk belajar masak ye. So far, yang aku yakin nak masak cuma nasik dan bubur nasik sahaja. Yang lain2 tu confirm berdebar-debar time masak. Takut tak sedap kot!

Mesyuarat dengan tentera

Yang ni memang tak boleh blah! CUAK kot! Boleh pulak duduk bermesyuarat dengan tentera. Yang paling penting, memang terasa tak cukup ketinggian betul sbb tentera kan tinggi2. *______* pitam. Tapi nak buat macam mana, duty is duty.

Okay. dah ngantuk. banyak lagi nak tulis tapi tido lebih bermakna.





mak pesan : elok2 bawak kete g kerja ya

Baik mak!

Thursday, August 11, 2011

Penat

Sesungguhnya.

Banyak sungguh dugaan bila masuk kerja baru nih.

DULU
nak pegi keje 5 minit je. masuk keje pukul 8.30 am, kul 8.20 baru keluar rumah.

SEKARANG
sila jgn buat perangai itu lagi ye. masuk keje kul 8, kul 7 dah nk kena keluar.

DULU
balik je rumah sewa, ada sorang bayi-baru-nak-belajar-bejalan dah tunggu kat pintu. siap tolong bukak pintu lagi.

SEKARANG
tiada lagi toddler itu. tapi abah dah tolong bukakkan pintu pagar siap2! hehe sayang abah!

DULU
kerja = bertapa dalam lab. main ngn chemicals & analisis

SEKARANG
kerja = kena keluar. main ngn akata2 dan peraturan makanan. sumpah aku blur.

DULU
saya sangat bising di ofis. tak sah kalo tak ckp 1000 patah perkataan sehari.

SEKARANG
ckp sorang2 ngn meja.

DULU
asyik2 lab, method, lab, method. dari uni sampai laa keje.

SEKARANG
sila buka hati anda utk belajar dan terima serta biasakan diri dgn benda selain lab; benda baru, ye amira syazwani

I am not myself anymore.
I have to start from a scratch!
Semua benda ni buat aku rindu KULIM.


i do looks like this

dah penat. tak mao tulis dah.


mak pesan : xpe...cuba dulu. mak tau kakak boleh buat.



OFF.




Thursday, July 21, 2011

Beg pelbagai guna

This is my breakfast box.


Comey kan?! | ^_^ |

Yes. I do need breakfast on my working days. kalo tak, akan ku bising kelaparan di pagi hari. Selalunya dalam breakfast box nih akan ada:

Breakfast cereal

Susu tuk makan ngan cereal


Tak pun, akan ada nih:


Roti Gardenia yang lazat lagi lembut
                                                                                                   

Ini pulak my 1 year old housemate.

Curik gambar kat FB mami farish | Muahahaha |

Dan ini jadinya bila Farish bertemu my breakfast box:


Farish + breakfast box
Yup. Dah jadi beg sekolah. Siap dah tunggu dpn pintu lagi.




Mak pesan : Ish, kakak nih...buat macam-macam kat budak tu.

Hahah~ memang. aku. yang. buli.

In less than 2 weeks, i will leave kulim. leave this boy.



OFF.

Tuesday, July 19, 2011

setelah sekian lama....

Separuh dari hidup aku, aku tak tinggal kat rumah.


Tingkatan 1 lagi dah masuk asrama. Walaupon hanya sekolah asrama harian, tapi masih asrama kot! Still, i have to wake up early in the morning n make my bed, do my own laundry, do general cleaning almost every weekend. Dan yang paling best: sekolah ni menyebabkan aku fobia kat ikan nyok-nyok sampai sekarang.

Ikan nyok-nyok yang nampak sedap laa pulak | Link |

Then, habeskan form 4 & 5 kat kuala berang. WHAAAATTT?! kat mana tuh?! haha~ inilah benda pertama yang keluar bila baca surat tawaran! Kuala Berang, Terengganu. Time tu bas Ipoh-Kuala Terengganu ada 2 choices je. Either the-8-hours-journey-with-seat-rosak-or-xde-aircond: Bas Chendana; or Nini Ekspres, but you have to duduk diam2 dalam bas selama 12-15 jam. Hmbek ngko! Memandangkan prinsip aku yang berbunyi "biar lama asal dapat tido nyenyak dalam bas" maka Nini Ekspres lah yang selalu jadi pilihan. Sekarang ni dah mcm bas Ipoh-Kuala Terengganu yg muncul bak cendawan kat pasar malam.

Pastu matrix kat Gopeng dan U kat Nilai, Negeri Sembilan. Totl up: 5 years.

Working at Kulim for almost 2 years and now, got an offer to work at my hometown: Ipoh.

Serius. Mesti rasa janggal. Dah lama kot tak duduk rumah. Tapi mak sangat-sangat gembira. Yelah, anak dia nak balik duduk ngan dia! Parents mana tak seronok?! haha~

Tiada lagi istilah balik kampung bulanan atau pon balik raya!

Dan yang paling best: mana aku nak campak barang-barang yang byk ni weh?!! Almari baju kat rumah tu dah memang sgt2 sarat! ni nak tambah baju 1 almari lagi. Muahahahah~

Frankly speaking, memang tak familiar laa ngn jalan2 kat Ipoh nih. (Memang selalu sesat pon kalo balek ipoh! haha~ culas betul!)

Apa-apa pon, kurang dua minggu dari sekarang, akan bermula lah kehidupan yang baru! Atau lebih kepada kembali kepada kehidupan asal, seperti 13 tahun yang lalu. (macam aku ingat je!)

Yup! Saya pon seronok jugak! Sebab tiada lagi rasa teringin nak makan makanan yang mak masak. Tiada lagi duduk kat rumah sewa.Tiada lagi panggilan wajib ke rumah sbb tiap2 hari pon boleh ckp ngn mak n abah.


Gambar Mr Google yang kasik

Mak pesan : harap-harap kerja baru ni, kakak dapat kat ipoh.

Haha~ doa mak dimakbulkan! Mom, here I come!

Friday, July 1, 2011

Angry Bird

game ni mmg buat org addicted kot. Sesi membaling burung2 yang sedang marah ke arah khinzir2 yang jengkel! dah nama pon glamor kan, mesti laa ada je manusia yang terinspired dgn angry bird nih


1) Nail art

| Link |

2) Kek
Serius. kek ni nmpak lg comey dari angry bird dlm game

| Link |

3) iPhone Case

| Link |

4) Plush
Yang ni besa laaa. Kete member aku pon dah tergantung2 benda ni. huhu *dengki*

| Link |

5)Paper Craft
Kreatip gile kot diorang nih! Penin aku!

| Link |


6)Ornaments
Alaaa~ yang omputih gantung kat pokok Krismas tuuu

| Link |

7) Pinata
Apa itu Pinata? >Klik sini<

| Link |

Last but not least. Rasanya game angry bird ni inspired by this:


v


v


v


| Otai segala angry bird | Hambik ngko | Link |

Ada banyak lagi sebenarnya. Carik laa sediri!

mak pesan : tu game apa pulak yang korang mengadap tu...???!!

OFF.

Friday, June 24, 2011

Kad Jemputan Perkahwinan

Buang tabiat apa budak nih cakap pasal kahwin?! hahah~ oh tidak2! lambat lagi daku akan melangsungkan perkahwinan.

Hanya nak berkongsi gambar kad jemputan perkahwinan yang cun2 lagi comey ^_^

| Kad yang moleh transform jadi kerusi | Link |


| Pop-out Card | Boleh laa buat bentuk rumah masing2 nanti | Link |


| Plantable Place Card | Embedded with plant seed - sila tanam sejurus anda sampai ke rumah ye | Link


| Hambek ngko! Kad berbentuk selipar jepun ^_^ | Link |


| Simple and cute | ^_^ | Link |


Macam-macam bentuk kad jemputan ni kan. Nanti kalau sampai turn aku nak kahwin, mesti pening nak pilih. Senang-senang aku buat macam ni je lah:


v

v

v

| Senang lagi menjimatkan kos - siap boleh print sendiri lagi | haha~ confirm kena piat telinga dengan mak |

pesan mak : kahwin tu sekali je seumur hidup. apa salahnya buat betul2


OFF.

Thursday, June 23, 2011

Mari Memanipulasikan Makanan!

Salah. Salah. Post ni bukan untuk ajar cara2 memanipulasi makanan. tp hanyalah gambar2 makanan yang dimanipulasikan oleh manusia~ layan je laaa...


| Tak tau laaa roti versi bayi kena bedung atau versi mummia | Link |


| I called this : Shaun the Sheep | Suka gile cite nih heee | Link |


| Soooo-called-Octapus | ^_^ | Link |


| iPhone versi comot dan boleh dimakan kalo korang lapar | Link |


| Kucing yg sgt GEMUK dan CUTE | Link |


| Kasut (siap ada lmbang Nike ye!) | Link |


| Egg in Stroller | Link |


| Edible Technology | haha cute kot | Link |

Tak terliur pon tgk makanan2 ni.


mak pesan : jangan main ngan makanan...rezeki tu...


OFF.