Hi...aku adalah dr species Central Processing Unit. Nama pendek CPU. Dah namapon CPU, sah2 laa aku adalah sebahagian dari komputer. Alaaa~ yang gedabak besar tuh...the one yg manusia cucuk wayar, pendrive, mouse, keyboard; etc2...
Okes. Enough of merepek. Back to the topic. Tempat lahir aku? ntah, aku pon tak tau. Time tu masih baby, mana nk ingat! Yang aku tau aku ditempatkan di sebuah syarikat sekitar Kedah yg memerlukan perkhidmatanku. Tuan aku? okay maaa~ hari-hari aku akan digunakan semaksima mungkin! Waaa~ bangganya aku keran boleh berjasa pada tuan ku.
Hari berganti hari, tuan ku nak berhenti kerja!! mungkinkah karana aku?! tak dpt ku tangkap butir perbualan tuan ku dan rakan2 pejabatnya...walaup0n dah lama duk utagha; masih tak dpt ku tangkap loghat nih! Biasa laaa....slow learner!
Maka hari itu pon tiba. Aku dgn rasminya tidak bertuan! hukhuk~ tapi bukan untuk jangka masa yg lama~ seketika kemudian aku diambil oleh seorang pekerja baru..dgr kata tuan baru aku nih bos...dia memerlukan jasaku sementara menunggu laptop! Aaaarrgghhh! aku hanya akan digunakan sementara! Bila dah dpt laptop nanti, mungkin akan dicampak ntah kemana!
Jangkaan ku meleset! Aku kemudiannya di berikan kepada seorang lg staff di sini...nmpknya, jasaku masih diperlukan! Tuan baru aku? She's using me as max as she can! Pagi2 dtg, akulah yg akan dihidupkan terlebih dahulu. Ketika dia bekerja, akan di berkumandang lagu2 kegemarannya dr speaker komputer! Sampai aku p0n dah leh hafal bait2 lagu2 tersebut!
" ...my heart beats like a drum
A guitar string to the strum
A beautiful song to be sung..."
Hari2 ku berlalu dgn gembira! Walaup0n memory ku hampir penuh; tapi bahagia! biarlah ia penuh dgn software2 instrument yg aku sendiri pon xfaham; penuh dgn maklumat2 berguna utk tuan ku; dan ha!..juga penuh dgn lagu2 dan benda2 merepek yg lain!
"...try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living behind..."
Satu hari...ku dgr semua staff akan diberikan set komputer yg baru! HA?!! jadi jasaku xkan diperlukan lg????!!! TIDAK! sekian lama aku berjasa disini, kini akan dicampak ketepi! takkan kubiarkan!
Satu hari, tuan ku menghidupkan ku...tapi dia tidak kelihatan lagi selepas itu! Puas aku tunggu! Mungkinkah dia pergi mendapatkan pengganti utk diriku?? Aku tidak berguna lg! Makin ku fikirkan, makin sesak pergerakan kipas dlm bdnku ini!
"...I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading..."
dan....
...kuletupkan diri ku sendiri! terasa seperti pejuang berani mati! habis satu office terkejut! biarlah aku pergi dgn sedikit maruah yang ada...aku tau office ada audit ISO esok...aku rasa ini satu pengajaran yg baik utk manusia tidak mengenang jasa! PADAN MUKA!
p/s: btw, tuan aku dah mmg buat backup dah tuk sumer kerja dia...n hari yg aku tunggu n dia tak dtg2 tu sbb dia ada workshop kat Kulim Golf! n pengganti diriku mmg dah lama dah bertapak dlm office, cuma tuanku xnak pasang sbb masih mahu menggunakan aku..so, kira pengorbanan aku ni ala2 sia2 laa~